Tuesday, August 9, 2011

Rakus



Melihat berita tanah runtuh perkampungan orang asli Sungai Ruil  Cameron Highland membuatkan saya bersyukur kepada Allah. Rasanya dua atau tiga hari sebelum kejadian sememangnya saya berada di Cameron Highland. Saya dan anak saya bertemankan motosikal kapcai berkuasa 110 cc , kami telah singgah  di Cameron Highland dalam perjalanan pulang dari Taiping menziarahi saudara terdekat . Perjalanan merentasi Simpang Pulai dan menghala ke Tapah telah menyaksikan  kesan runtuhan tanah yang mengakibatkan pokok balak  tumbang menghalagi jalan. Alhamdulillah  pokok itu telah dipotong oleh pihak berkuasa tempatan. Dari pengamatan saya  pokok itu baru sahaja tumbang akibat kegelinciran tanah. Mengingati kembali peristiwa ini mengingatkan saya kepada imej rakaman saya semasa berada di Bentong Pahang. Terdapat kesan-kesan penerokaan tanah yang mana pokok pokok ditebang dengan sewenangnya di kawasan orang asli. Tidak mustahil apa yang berlaku di perkampungan orang asli Sungai Ruil  akibat daripada aktiviti penebangan hutan secara rakus .

Voigtlander R2A with 35mm f1.7 .

No comments:

Post a Comment