Monday, January 16, 2012

Pengasah Gunting


Baru baru ini saya berkesempatan mengadakan Outing bersama  rakan rakan MSP di sekitar Kuala Lumpur. Kami telah memilih untuk mengunjungi Lorong Hj Taib. Nama jalan yang sinonim dengan aktiviti yg  tidak bermoral. Sebenarnya Lorong ini terdapat kedai kedai istimewa yang menjual barangan secara borong. Hanya kebetulan sahaja aktiviti tidak bermoral ini berlaku disini. Semasa di sana saya berkesempatan melihat satu bentuk perniagaan yang semakin hari ssemakin ditinggalkan iaitu kerja mengasah pisau atau gunting. Kini dengan adanya teknologi asahan yang mudah maka ianya telah menjadi mudah . Pekerjaan sebegini amat jarang ditemui terutama dibandar besar seperti Kuala Lumpur.

Voigtlander R2A with 35mm f2.5 / Kodak Trix 400 /

Tuesday, January 10, 2012

Gula Tarik


Baru -baru  ini saya berkesempatan mengunjungi negeri Melaka. Melaka adalah merupakan negeri bersejarah yang diiktiraf sebagai warisan dunia. Semasa menjalankan tugas menyiapkan projek buku untuk ketua menteri Melaka saya berkesempatan mengunjungi jonker street yang terkenal . Semasa di sana saya sempat merakam penjual gula tarik. Ini mengingatkan kenangan semasa kecil di mana penjual gulu tarik ini berniaga dengan membawa basikal . Kini penjual gula tarik semakin berkurangan dan jarang kelihatan.

voigtkander R2A with 35mm f1.7mm / kodak Trix 400 /

Tuesday, January 3, 2012

Penoreh Getah


Penoreh getah...satu kerjaya yang mungkin berakhir apabila generasi tua yg mengusahakan kebun getah semakin berkurangan akibat kemodenan dan perubahan dari tanaman getah kepada kelapa sawit. Sungguhpun harga getah dipasaran melonjak naik namun keluaran getah agak berkurangan. Ini dinyatakan sendiri oleh pengilang sarung tangan getah kedua terbesar didunia yang tidak mampu menambah lagi kilangnya kerana risau akan kekurangan bahan mentah tersebut walaupun mendapat permintaan yang agak tinggi dipasaran.Fenomena ini adalah disebabkan kurangnya golongan muda untuk terlibat dalam industri membekal susu getah dipasaran.

voigtlander R2A with 25mm snapshot skopar .

Monday, September 19, 2011

Penjual Ayam


Penjual anak ayam di pasar sehari di Selama Perak. Suasana begini jarang kita temui di pasar sehari di bandar. Anak ayam ini dijual dengan harga RM 2 seekor. Ramai yang membelinya untuk tujuan ternakan atau sebagai haiwan peliharaannan. Pasar sehari ini hanya ada pada hari jumaat dan bermula dari jam lapan pagi hingga jam 12 tengahari.

Wednesday, August 24, 2011

Malaysia Street Photographer


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya telah pun berjaya mewujudkan group Malaysia Street Photographer di laman Facebook. Group MSP ini direka untuk mengumpulkan rakan rakan fotografer dokumentasi sosial yang bergiat aktif. Tujuan utama group ini adalah untuk mengumpul imej imej Malaysia untuk tatapan generasi yang akan datang serta aktiviti pameran dan penerbitan buku tahunan MSP. Untuk keterangan lanjut bolehlah mencarinya di Facebook ...Malaysia Street Photographer.

.

Friday, August 12, 2011

Bangunan Tinggal

Klang Selangor

Kelly Castle Perak

Kelly Castle, Perak

Klang , Selangor

Bentong Pahang

Batu Pahat

Bentong Pahang

Batu Pahat

Bangunan tinggal...satu fanomena yang ada di kota kota .Bangunan lama dan usang ataupun rumah usang sering menjadi perhatian penagih dadah dan pasangan yang bermadu asmara. Bangunan tinggal ini dibiarkan begitu sahaja samada pemiliknya tidak dapat dikesan atau ketidakmampuan pemilik untuk memulihkan bangunan tersebut. Bangunan tinggal ini sememangnya menjadi pilihan jurugambar untuk rakaman seni mereka. Lokasi sebegini sering digunakan untuk rakaman fotografi fesyen atau sebagai rakaman fotografi seni halus. Ada juga bangunan tinggal yang dijadikan tempat perlancongan seperti Kelly Castle di Perak. Tempat tempat sebegini amat sesuai untuk menghasilkan seni fotografi yang mempunyai elemen perspektif dan seni bina.Cahaya yang masuk ke dalam bangunan  melalui celahan dinding dan tingkap  menjadi daya penarik  penghasilan imej fotografi. Saya berkesempatan merakamkan beberapa imej banguan tinggal seperti di Klang Selangor, Perak, Pahang dan di Batu Pahat. Sememangnya unik merakamkan bangunan tinggal ini cuma kekadang seram jugak di buatnya apabila kepala memikirkan yang pelik pelik.

Voigtlandr R2A / 35mm f1.7 / Kodak Tri-X 400

Tuesday, August 9, 2011

Rakus



Melihat berita tanah runtuh perkampungan orang asli Sungai Ruil  Cameron Highland membuatkan saya bersyukur kepada Allah. Rasanya dua atau tiga hari sebelum kejadian sememangnya saya berada di Cameron Highland. Saya dan anak saya bertemankan motosikal kapcai berkuasa 110 cc , kami telah singgah  di Cameron Highland dalam perjalanan pulang dari Taiping menziarahi saudara terdekat . Perjalanan merentasi Simpang Pulai dan menghala ke Tapah telah menyaksikan  kesan runtuhan tanah yang mengakibatkan pokok balak  tumbang menghalagi jalan. Alhamdulillah  pokok itu telah dipotong oleh pihak berkuasa tempatan. Dari pengamatan saya  pokok itu baru sahaja tumbang akibat kegelinciran tanah. Mengingati kembali peristiwa ini mengingatkan saya kepada imej rakaman saya semasa berada di Bentong Pahang. Terdapat kesan-kesan penerokaan tanah yang mana pokok pokok ditebang dengan sewenangnya di kawasan orang asli. Tidak mustahil apa yang berlaku di perkampungan orang asli Sungai Ruil  akibat daripada aktiviti penebangan hutan secara rakus .

Voigtlander R2A with 35mm f1.7 .