Wednesday, August 24, 2011

Malaysia Street Photographer


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya telah pun berjaya mewujudkan group Malaysia Street Photographer di laman Facebook. Group MSP ini direka untuk mengumpulkan rakan rakan fotografer dokumentasi sosial yang bergiat aktif. Tujuan utama group ini adalah untuk mengumpul imej imej Malaysia untuk tatapan generasi yang akan datang serta aktiviti pameran dan penerbitan buku tahunan MSP. Untuk keterangan lanjut bolehlah mencarinya di Facebook ...Malaysia Street Photographer.

.

Friday, August 12, 2011

Bangunan Tinggal

Klang Selangor

Kelly Castle Perak

Kelly Castle, Perak

Klang , Selangor

Bentong Pahang

Batu Pahat

Bentong Pahang

Batu Pahat

Bangunan tinggal...satu fanomena yang ada di kota kota .Bangunan lama dan usang ataupun rumah usang sering menjadi perhatian penagih dadah dan pasangan yang bermadu asmara. Bangunan tinggal ini dibiarkan begitu sahaja samada pemiliknya tidak dapat dikesan atau ketidakmampuan pemilik untuk memulihkan bangunan tersebut. Bangunan tinggal ini sememangnya menjadi pilihan jurugambar untuk rakaman seni mereka. Lokasi sebegini sering digunakan untuk rakaman fotografi fesyen atau sebagai rakaman fotografi seni halus. Ada juga bangunan tinggal yang dijadikan tempat perlancongan seperti Kelly Castle di Perak. Tempat tempat sebegini amat sesuai untuk menghasilkan seni fotografi yang mempunyai elemen perspektif dan seni bina.Cahaya yang masuk ke dalam bangunan  melalui celahan dinding dan tingkap  menjadi daya penarik  penghasilan imej fotografi. Saya berkesempatan merakamkan beberapa imej banguan tinggal seperti di Klang Selangor, Perak, Pahang dan di Batu Pahat. Sememangnya unik merakamkan bangunan tinggal ini cuma kekadang seram jugak di buatnya apabila kepala memikirkan yang pelik pelik.

Voigtlandr R2A / 35mm f1.7 / Kodak Tri-X 400

Tuesday, August 9, 2011

Rakus



Melihat berita tanah runtuh perkampungan orang asli Sungai Ruil  Cameron Highland membuatkan saya bersyukur kepada Allah. Rasanya dua atau tiga hari sebelum kejadian sememangnya saya berada di Cameron Highland. Saya dan anak saya bertemankan motosikal kapcai berkuasa 110 cc , kami telah singgah  di Cameron Highland dalam perjalanan pulang dari Taiping menziarahi saudara terdekat . Perjalanan merentasi Simpang Pulai dan menghala ke Tapah telah menyaksikan  kesan runtuhan tanah yang mengakibatkan pokok balak  tumbang menghalagi jalan. Alhamdulillah  pokok itu telah dipotong oleh pihak berkuasa tempatan. Dari pengamatan saya  pokok itu baru sahaja tumbang akibat kegelinciran tanah. Mengingati kembali peristiwa ini mengingatkan saya kepada imej rakaman saya semasa berada di Bentong Pahang. Terdapat kesan-kesan penerokaan tanah yang mana pokok pokok ditebang dengan sewenangnya di kawasan orang asli. Tidak mustahil apa yang berlaku di perkampungan orang asli Sungai Ruil  akibat daripada aktiviti penebangan hutan secara rakus .

Voigtlander R2A with 35mm f1.7 .

Monday, August 8, 2011

Sebalik Celahan

Voigtlander R2A with 35mm f1.7

Masih lagi bercerita di kawasan Jeram Kuala Selangor. Imej ini saya rakamkan di tepi kawasan pantai . Pada imej ini bukan saya nak bercerita tentang keadaan kawasan tersebut tetapi apa yang ingin saya ceritakan ilah kesukaran apabila merakamkan imej sebegini menggunakan kamera rangefinder. Kamera rangefinder agar berbeza dengan kamera SLR. Ini kerana kamera SLR apabila kita melihat imej melalui pemidang telek ianya terus dari kanta lensa kamera. Ini tidak berlaku kepada kamera rangefinder dimana lensa dan pemidang teleknya tidak selari. Inilah saat kritikal apabila menggunakan kamera RF untuk merakamkan imej sebegini hanya perlu menggunakan faktor agakkan sahaja. Sungguhpun agak sukar tetapi menggunakan kamera RF ini banyak mengajar kita berfikir dalam mengendalikan sesuatu subjek sebelum butang kamera dipetik.

Friday, August 5, 2011

Pencari Kerang


voigtlander R2A with 21mm color skopar

Imej ini saya rakamkan di Jeram Kuala Selangor. Tempat ini sememangnya terkenal dengan restoran makanan lautnya. Disini juga terdapatnya  penternak kerang. Benih  kerang adalah bernilai tinggi. Imej yang saya rakamkan ini adalah pencari kerang tempatan. Beliau menggunakan sejenis sampan yang direka khas kerana kerang berada didalam selut. Kerang sememangnya sedap di makan samada di rebus mahupun dibakar.

.

Thursday, August 4, 2011

Vandalisma



Voigtlander R2A with 21mm skoppar


Vandalisma berlaku dimana sahaja. Tidak kira dinding mahupun pondok talifon sering menjadi mangsanya. Adakah ini satu penyakit segelintir masyarakat yang tidak mampu menjaga dan menghormati hak orang lain. Mereka ini sewenag wenagnya membakar dan merosakkan harta benda awam tanpa ada rasa bersalah . Akibatnya banyak kemudahan awam yang tidak boleh digunakan. Saya pernah berhadapan dengan situasi  sepuluh pondok talifon tidak boleh digunakan semasa  berada di sebuah negeri  selatan tanahair. Sungguh memalukan dengan keadaan pondok talifon yang kotor dan tidak boleh digunakan sedangkan pondok talifon negara jiran bersih malah mudah digunakan. Imej rakaman peti surat plastik yang terbakar ini saya rakamkan disebuah rumah kedai di ibukota Kuala Lumpur. Hairan...adakah posmen menghantar surat berapi..setahu saya yang ada hanyalah surat berantai. Inilah sikap sesetengah perokok yang mencampakkan puntung rokok ke dalam peti surat . Akibatnya peti surat ini terbakar dan tidak boleh digunakan.

. voigtlander R2A with 21mm color skopar / kodak tri x 400 / kodak D76