Wednesday, June 29, 2011

Bukit Melawati


.
Bukit Melawati Kuala Selangor sememangnya menyimpan beribu cerita mistik dan misteri. Sebagai sebuah tempat bersejarah sememangnya menjadi tumpuan pelancong samada dalam mahupun luar negara. Dua minggu lepas saya sempat singgah di Bukit Ini . Pertama kali menaiki bukit ini menggunakan kenderaan persendirian. Bukit ini menempatkan rumah api dan muzium. Apa yang menarik perhatian saya di Bukit ini adalah kehadiran monyet yang mesra dengan manusia. Berbanding kera yang sememangnya ganag terhadap manusia. Monyet ini agak berlainan spesisnya. Menariknya monyet ini tidak mengambail makanan yang kita baling ditanah. Kita boleh menghulurkan sahaja makanan padanya. Inilah keistimewaan monyet disitu.

voigtlander R2A / 21mm color skopar / Kodak 400 Tri-x /

.

Monday, June 27, 2011

Jeram II



Ini adalah pemandangan  satu kawasan di Jeram tidak jauh dari  medan Aroma  ikan bakar. Kawasan ini terkenal dengan restoran makanan laut. Saya tertarik dengan pemandangannya kerana terdapat pencari kerang dan juga terdapat sebuah restoran mengadap pemandangan laut. Pemandangannya bukanlah cantik sangat tetapi jika kita menunggu masa yang sesuai kita akan memperolehi subjek yang menarik. Umpamanya pam air yang digunakan untuk menyedut air ke kolam ternakan ikan . Pada waktu matahari hampir terbenam kita akan dapati pancaran matahari akan menghasilkan bayangan yang cantik untuk subjek fotografi. Kita boleh merakamkan subjek dengan menggunakan teknik back light yang akan menghasilkan silhoutte. Sebenarnya banyak imej yang boleh kita hasilkan disini. Ianya bergantung kepada ketelitian pacaindera kita untuk melihat dengan tepat. Oleh kerana faktor itulah saya agak sukar untuk menyertai outing secara berkumpulan . Saya merasakan Outing secara berkumpulan ini seumpama membawa sekumpulan pacuan empat roda yang merosakkan alam.

- Voigtlander R2A / 21mm color skopar / Kodak Tri-X 400 /

Friday, June 24, 2011

Jeram



Jeram adalah tempat di kawasan  daerah Kuala Selangor. Imej ini dirakamkan menggunakan kamera filem voigtlander R2a . Saya sering ke kawasan ini kerana terpesona dengan pemandangan selut di pantai. Disini terdapat pokok pokok mati dan pokok pokok bakau. Kawasan ini adalah lokasi mencari kerang. Di sini juga sering dilakukan penggambaran fotografi perkahwinan dan ramai juga kumpulan kumpulan fotografi yang mengadakan outing .

Kamera Voigtlander R2a



Kamera Rangefinder kepunyaan saya ini menggunakan filem. Kamera ni bukanlah kamera antik. Ianya masih dikilangkan di Jepun oleh Syarikat COSINA . Cosina adalah pemasang kamera dan lensa untuk kamera cosina, Voigtlander dan Zeiss. Kamera filem ini menggunakan filem saiz 35mm. Saya memilih menggunakan kamera ini untuk merakam imej imej yang saya saksikan menggunakan filem hitam putih. Saya berpendapat memiliki kamera ini dan merakamkan imej yang kita saksikan merupakan sentuhan peribadi. Saya beranggapan kamera mewakili jiwa kita dan pandangan kita. Kita akan merasa selesa bekerja dangan alatan yang kita selesa. Ramai yang bertanya kenapa tidak menggunakan kamera LEICA.....jawapannya...'Tak Kemampuan' . Saya adalah fotografer yang bekerja dengan sesuatu yang saya selesa dan mudah fahami. Penjenamaan bukanlah sesuatu yang menjadi ukuran....Pengalaman adalah faktor ukuran kematangan seseorang fotografer.

.

Tuesday, June 21, 2011

Beg Mengkuang



Beg Mengkuang ini kebiasannya digunakan sebagai tempat meletak syiling dan wang kertas. Kalau dulu dulu atuk saya sering menggunakan beg sebegini sebagai tempat meletak rokok daunnya. Kini beg sebegini hanya digunakan sebagai barangan buah tangan . Beg sebegini boleh diperolehi di pusat -pusat kraf.

.

Beg Kamera Saya


Sejak dua tahun kebelakangan ini saya sering membawa beg kamera Lowepro Terraclime 100 yang dibeli di Singapura. Beg berharga RM 170 agak murah berbanding di Kuala Lumpur. Beg ini saya gunakan untuk membawa kamera Voigtlander R2A . Kamera filem Rangefinder ini juga saya beli di Singapura. Ramai yang tertanya mengapa hendak menggunakan kamera filem sedangkan kini kamera digital lebih mudah...Jawapannya Saya bermula dari zaman filem. Kamera filem memberikan lebih kepuasan kerana sebarang kesilapan perlu dielakkan sebelum butang shutter dipetik...Rasanya kalau nak tahu sangat kenapa...cubalah.

.