Monday, September 19, 2011

Penjual Ayam


Penjual anak ayam di pasar sehari di Selama Perak. Suasana begini jarang kita temui di pasar sehari di bandar. Anak ayam ini dijual dengan harga RM 2 seekor. Ramai yang membelinya untuk tujuan ternakan atau sebagai haiwan peliharaannan. Pasar sehari ini hanya ada pada hari jumaat dan bermula dari jam lapan pagi hingga jam 12 tengahari.

Wednesday, August 24, 2011

Malaysia Street Photographer


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya telah pun berjaya mewujudkan group Malaysia Street Photographer di laman Facebook. Group MSP ini direka untuk mengumpulkan rakan rakan fotografer dokumentasi sosial yang bergiat aktif. Tujuan utama group ini adalah untuk mengumpul imej imej Malaysia untuk tatapan generasi yang akan datang serta aktiviti pameran dan penerbitan buku tahunan MSP. Untuk keterangan lanjut bolehlah mencarinya di Facebook ...Malaysia Street Photographer.

.

Friday, August 12, 2011

Bangunan Tinggal

Klang Selangor

Kelly Castle Perak

Kelly Castle, Perak

Klang , Selangor

Bentong Pahang

Batu Pahat

Bentong Pahang

Batu Pahat

Bangunan tinggal...satu fanomena yang ada di kota kota .Bangunan lama dan usang ataupun rumah usang sering menjadi perhatian penagih dadah dan pasangan yang bermadu asmara. Bangunan tinggal ini dibiarkan begitu sahaja samada pemiliknya tidak dapat dikesan atau ketidakmampuan pemilik untuk memulihkan bangunan tersebut. Bangunan tinggal ini sememangnya menjadi pilihan jurugambar untuk rakaman seni mereka. Lokasi sebegini sering digunakan untuk rakaman fotografi fesyen atau sebagai rakaman fotografi seni halus. Ada juga bangunan tinggal yang dijadikan tempat perlancongan seperti Kelly Castle di Perak. Tempat tempat sebegini amat sesuai untuk menghasilkan seni fotografi yang mempunyai elemen perspektif dan seni bina.Cahaya yang masuk ke dalam bangunan  melalui celahan dinding dan tingkap  menjadi daya penarik  penghasilan imej fotografi. Saya berkesempatan merakamkan beberapa imej banguan tinggal seperti di Klang Selangor, Perak, Pahang dan di Batu Pahat. Sememangnya unik merakamkan bangunan tinggal ini cuma kekadang seram jugak di buatnya apabila kepala memikirkan yang pelik pelik.

Voigtlandr R2A / 35mm f1.7 / Kodak Tri-X 400

Tuesday, August 9, 2011

Rakus



Melihat berita tanah runtuh perkampungan orang asli Sungai Ruil  Cameron Highland membuatkan saya bersyukur kepada Allah. Rasanya dua atau tiga hari sebelum kejadian sememangnya saya berada di Cameron Highland. Saya dan anak saya bertemankan motosikal kapcai berkuasa 110 cc , kami telah singgah  di Cameron Highland dalam perjalanan pulang dari Taiping menziarahi saudara terdekat . Perjalanan merentasi Simpang Pulai dan menghala ke Tapah telah menyaksikan  kesan runtuhan tanah yang mengakibatkan pokok balak  tumbang menghalagi jalan. Alhamdulillah  pokok itu telah dipotong oleh pihak berkuasa tempatan. Dari pengamatan saya  pokok itu baru sahaja tumbang akibat kegelinciran tanah. Mengingati kembali peristiwa ini mengingatkan saya kepada imej rakaman saya semasa berada di Bentong Pahang. Terdapat kesan-kesan penerokaan tanah yang mana pokok pokok ditebang dengan sewenangnya di kawasan orang asli. Tidak mustahil apa yang berlaku di perkampungan orang asli Sungai Ruil  akibat daripada aktiviti penebangan hutan secara rakus .

Voigtlander R2A with 35mm f1.7 .

Monday, August 8, 2011

Sebalik Celahan

Voigtlander R2A with 35mm f1.7

Masih lagi bercerita di kawasan Jeram Kuala Selangor. Imej ini saya rakamkan di tepi kawasan pantai . Pada imej ini bukan saya nak bercerita tentang keadaan kawasan tersebut tetapi apa yang ingin saya ceritakan ilah kesukaran apabila merakamkan imej sebegini menggunakan kamera rangefinder. Kamera rangefinder agar berbeza dengan kamera SLR. Ini kerana kamera SLR apabila kita melihat imej melalui pemidang telek ianya terus dari kanta lensa kamera. Ini tidak berlaku kepada kamera rangefinder dimana lensa dan pemidang teleknya tidak selari. Inilah saat kritikal apabila menggunakan kamera RF untuk merakamkan imej sebegini hanya perlu menggunakan faktor agakkan sahaja. Sungguhpun agak sukar tetapi menggunakan kamera RF ini banyak mengajar kita berfikir dalam mengendalikan sesuatu subjek sebelum butang kamera dipetik.

Friday, August 5, 2011

Pencari Kerang


voigtlander R2A with 21mm color skopar

Imej ini saya rakamkan di Jeram Kuala Selangor. Tempat ini sememangnya terkenal dengan restoran makanan lautnya. Disini juga terdapatnya  penternak kerang. Benih  kerang adalah bernilai tinggi. Imej yang saya rakamkan ini adalah pencari kerang tempatan. Beliau menggunakan sejenis sampan yang direka khas kerana kerang berada didalam selut. Kerang sememangnya sedap di makan samada di rebus mahupun dibakar.

.

Thursday, August 4, 2011

Vandalisma



Voigtlander R2A with 21mm skoppar


Vandalisma berlaku dimana sahaja. Tidak kira dinding mahupun pondok talifon sering menjadi mangsanya. Adakah ini satu penyakit segelintir masyarakat yang tidak mampu menjaga dan menghormati hak orang lain. Mereka ini sewenag wenagnya membakar dan merosakkan harta benda awam tanpa ada rasa bersalah . Akibatnya banyak kemudahan awam yang tidak boleh digunakan. Saya pernah berhadapan dengan situasi  sepuluh pondok talifon tidak boleh digunakan semasa  berada di sebuah negeri  selatan tanahair. Sungguh memalukan dengan keadaan pondok talifon yang kotor dan tidak boleh digunakan sedangkan pondok talifon negara jiran bersih malah mudah digunakan. Imej rakaman peti surat plastik yang terbakar ini saya rakamkan disebuah rumah kedai di ibukota Kuala Lumpur. Hairan...adakah posmen menghantar surat berapi..setahu saya yang ada hanyalah surat berantai. Inilah sikap sesetengah perokok yang mencampakkan puntung rokok ke dalam peti surat . Akibatnya peti surat ini terbakar dan tidak boleh digunakan.

. voigtlander R2A with 21mm color skopar / kodak tri x 400 / kodak D76

Friday, July 1, 2011

Alam




Suasana Subuh / Voigtlander R2A with 35mm f1.7 / Kodak Tri-X 400

Lokasi: Batu Pahat Johor ( Voigtlander R2A with 35mm f1.7 with Kodak TRI-X 400 )
                                           
Alam ciptaan Allah sememangnya tiada cacat celanya. Setiap hari Allah mempamirkan keindahan ciptaannya bagi mereka yang menghargainya. Saya sering Travel dan setiap kali memandu samada di lebuhraya utara selatan pasti saya tidak akan melepaskan peluang merakamkan pemandangan yang saya lihat. Kamera Voigtlander dan kamera kompak Canon G9 senantiasa dibawa bersama. Keindahan embun pagi dan biasan cahaya yang keluar dari pokok pokok serta refleksi cahaya sudah semestinya menjadi subjek kegemaran saya. Keadaan ini dipertontonkan oleh Allah seketika sahaja. Setiap hari keadaanya berbeza , maka setiasalah membawa kamera.


.

Wednesday, June 29, 2011

Bukit Melawati


.
Bukit Melawati Kuala Selangor sememangnya menyimpan beribu cerita mistik dan misteri. Sebagai sebuah tempat bersejarah sememangnya menjadi tumpuan pelancong samada dalam mahupun luar negara. Dua minggu lepas saya sempat singgah di Bukit Ini . Pertama kali menaiki bukit ini menggunakan kenderaan persendirian. Bukit ini menempatkan rumah api dan muzium. Apa yang menarik perhatian saya di Bukit ini adalah kehadiran monyet yang mesra dengan manusia. Berbanding kera yang sememangnya ganag terhadap manusia. Monyet ini agak berlainan spesisnya. Menariknya monyet ini tidak mengambail makanan yang kita baling ditanah. Kita boleh menghulurkan sahaja makanan padanya. Inilah keistimewaan monyet disitu.

voigtlander R2A / 21mm color skopar / Kodak 400 Tri-x /

.

Monday, June 27, 2011

Jeram II



Ini adalah pemandangan  satu kawasan di Jeram tidak jauh dari  medan Aroma  ikan bakar. Kawasan ini terkenal dengan restoran makanan laut. Saya tertarik dengan pemandangannya kerana terdapat pencari kerang dan juga terdapat sebuah restoran mengadap pemandangan laut. Pemandangannya bukanlah cantik sangat tetapi jika kita menunggu masa yang sesuai kita akan memperolehi subjek yang menarik. Umpamanya pam air yang digunakan untuk menyedut air ke kolam ternakan ikan . Pada waktu matahari hampir terbenam kita akan dapati pancaran matahari akan menghasilkan bayangan yang cantik untuk subjek fotografi. Kita boleh merakamkan subjek dengan menggunakan teknik back light yang akan menghasilkan silhoutte. Sebenarnya banyak imej yang boleh kita hasilkan disini. Ianya bergantung kepada ketelitian pacaindera kita untuk melihat dengan tepat. Oleh kerana faktor itulah saya agak sukar untuk menyertai outing secara berkumpulan . Saya merasakan Outing secara berkumpulan ini seumpama membawa sekumpulan pacuan empat roda yang merosakkan alam.

- Voigtlander R2A / 21mm color skopar / Kodak Tri-X 400 /

Friday, June 24, 2011

Jeram



Jeram adalah tempat di kawasan  daerah Kuala Selangor. Imej ini dirakamkan menggunakan kamera filem voigtlander R2a . Saya sering ke kawasan ini kerana terpesona dengan pemandangan selut di pantai. Disini terdapat pokok pokok mati dan pokok pokok bakau. Kawasan ini adalah lokasi mencari kerang. Di sini juga sering dilakukan penggambaran fotografi perkahwinan dan ramai juga kumpulan kumpulan fotografi yang mengadakan outing .

Kamera Voigtlander R2a



Kamera Rangefinder kepunyaan saya ini menggunakan filem. Kamera ni bukanlah kamera antik. Ianya masih dikilangkan di Jepun oleh Syarikat COSINA . Cosina adalah pemasang kamera dan lensa untuk kamera cosina, Voigtlander dan Zeiss. Kamera filem ini menggunakan filem saiz 35mm. Saya memilih menggunakan kamera ini untuk merakam imej imej yang saya saksikan menggunakan filem hitam putih. Saya berpendapat memiliki kamera ini dan merakamkan imej yang kita saksikan merupakan sentuhan peribadi. Saya beranggapan kamera mewakili jiwa kita dan pandangan kita. Kita akan merasa selesa bekerja dangan alatan yang kita selesa. Ramai yang bertanya kenapa tidak menggunakan kamera LEICA.....jawapannya...'Tak Kemampuan' . Saya adalah fotografer yang bekerja dengan sesuatu yang saya selesa dan mudah fahami. Penjenamaan bukanlah sesuatu yang menjadi ukuran....Pengalaman adalah faktor ukuran kematangan seseorang fotografer.

.

Tuesday, June 21, 2011

Beg Mengkuang



Beg Mengkuang ini kebiasannya digunakan sebagai tempat meletak syiling dan wang kertas. Kalau dulu dulu atuk saya sering menggunakan beg sebegini sebagai tempat meletak rokok daunnya. Kini beg sebegini hanya digunakan sebagai barangan buah tangan . Beg sebegini boleh diperolehi di pusat -pusat kraf.

.

Beg Kamera Saya


Sejak dua tahun kebelakangan ini saya sering membawa beg kamera Lowepro Terraclime 100 yang dibeli di Singapura. Beg berharga RM 170 agak murah berbanding di Kuala Lumpur. Beg ini saya gunakan untuk membawa kamera Voigtlander R2A . Kamera filem Rangefinder ini juga saya beli di Singapura. Ramai yang tertanya mengapa hendak menggunakan kamera filem sedangkan kini kamera digital lebih mudah...Jawapannya Saya bermula dari zaman filem. Kamera filem memberikan lebih kepuasan kerana sebarang kesilapan perlu dielakkan sebelum butang shutter dipetik...Rasanya kalau nak tahu sangat kenapa...cubalah.

.

Tuesday, April 26, 2011

Rentak Alam dan Kehidupan - Rakaman seorang Amatur


Alhamdulillah setelah lama berhempas pulas dan bercekang mata bersama disigner akhirnya buku Rentak Alam dan Kehidupan - Rakan Seorang Amatur telah berada dipasaran. Buku hasil rakaman imej -imej foto karya Ahmad Hilmy ini telah berjaya saya edit dan bukukan. Lega rasanya apabila dapat melihat buku ini siap sepenuhnya. Maklumlah pertama kali diberi kepercayaan untuk menghasilkan sebuah buku. Buku yang memuatkan 92 imej ini hasil koleksi saudara Hilmy .

.

Wednesday, January 19, 2011

Salam Satu Malaysia

Salam Satu Malaysia.. Perlambangan satu negara Malaysia yang bersatu . Hari demi hari kita melepasi masa yang menjadi sejarah. Hari ini teknologi digital semakin berkembang pesat. Dari komputer riba telah bertukar kepada I Pad. Kerancakkan perubahan ini juga telah menukar penggunaan filem di kamera ke kad storan yang boleh memuatkan beribu ribu gambar foto dan video. Kerancakkan teknologi digital telah membawa perubahan besar kepada masyarakat . Rata-rata kini kanak kanak dibangku tadika sudah mampu menggunakan komputer. Tidak hairan kanak -kanak juga sudah mempunyai akaun Facebook mereka sendiri.